Saturday, November 21, 2009

Hukum Rokok


Berikut adalah Fatwa dari Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Dalil dari Al-Qur’an adalah firmanNya.

“Artinya : Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan” [Al-Baqarah : 195]

Maknanya, janganlah kamu melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kebinasaanmu.

Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat tersebut adalah bahwa merokok termasuk perbuatan mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadits yang berasal dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara shahih bahawa baginda melarang berlakunya pembaziran harta. Makna pembaziran harta adalah meletakkannya atau menempatkannya kepada hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi, bahwa menempatkankan harta dengan membeli rokok adalah termasuk meletakkannya kepada hal-hal yang bukan sahaja tidak bermanfaat bahkan di dalamnya terdapat pelbagai kemudaratan dan kefasadan.

Dalil dari As-Sunnah yang lainnya, sebagaimana hadits-hadits dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi.

“Artinya : Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan juga tidak oleh membahayakan (orang lain)” [Hadits Riwayat Ibnu Majah, kitab Al-Ahkam 2340]

Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah perlu dihilangkan, (tidak berlaku) dalam syari’at, baik bahayanya terhadap badan, akal ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula, bahawa merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta. saya juga melihat pelbagai aspek lainnya yang menyebabkan rokok boleh dikategorikan dalam perkara-perkara yang haram.

Perokok-perokok muslim juga perlu sesekali menimbulkan pertanyaan, kemanakah hasil jualan rokok itu disumbangkan, dan siapakah tokey-tokey syarikat gergasi rokok yang ada sekarang. jangan kita hanya pandai melenting bila melihat saudara semuslim di palestin contohnya ditembak, dirogol dan disiat-siat oleh rejim yahudi tetapi dalam masa yang sama kita sebenarnya turut sama menyumbang kepada gerakan mereka membunuh saudara kita di sana.

0 comments:

Post a Comment